PENGENALAN
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama yang tertua di negeri Terengganu. Meskipun penubuhannya sudah menjangkau hampir 100 tahun, namun SMAASZA telah berjaya mengekalkan ketrampilannya dengan sumbangan serta jasa bakti kepada masyarakat Islam Terengganu. Pelbagai ranjaudan duri telah dilalaui demi menabur bakti dan kesedaran kepada masyarakat.
Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.
ASAL USUL
Mengimbau kembali sejarah penubuhannya, SMAASZA telah melalui beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada kesedaran para cendikiawan berpendidikan agama selepas Perang Dunia Kedua berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu ketara dan membimbangkan sehinggalah pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas pelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kelas ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali dengan nama Madrasah Arabiyyah.
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.
1. TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN

Sekolah Melayu Bukit Jambul)




persekolahan)
2. PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN
Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
3. TAPAK / LOKASI SEKOLAH
Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.
4. BANGUNAN SEKOLAH PERINGKAT AWAL






5. PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN SMAASZA

a. Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
b. Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun







Lagu Rasmi Sekolah
BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN
Bersama mencipta kegemilangan
Kita teruskan menggapai impian
Perkasakan jiwa dan juga rohani
Berakhlak mulia dan berintegriti
Melahirkan warga berilmu
Jiwa beriman beramal bakti
Menjana individu berkebolehan
Jati diri tinggi dan berwawasan
Marilah kita bersama
Berganding tangan
Menuju kecemerlangan
Membina masa hadapan
Kita tingkatkan usaha
Kita menggenggam cita
Demi SMAASZA Cemerlang
SMAASA Gemilang
SMAASZA Terbilang
Marilah kita bersama
Berganding tangan
Menuju kecemrlangan
Membina masa hadapan
Kita tingkatkan usaha
Kita menggenggam cita
Demi SMAASZA Cemerlang
SMAASZA Gemilang
SMAASZA Terbilang
Majlis Penutup Karnival Sains Dan Matematik
Karnival Sains dan Matematik SKK 2014 yang berlangsung dari 22 Jun telah ditutup dengan rasminya pada hari ini 25 Jun 2014 oleh Yang Berbahagia Tn. Haji Matsor bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Terengganu.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di dewan Fikri SMAASZA dan telah dihadiri oleh peserta dari semua sekolah yang terlibat. Sebelum itu pada hari Selasa, beberapa pertandingan telah berlangsung antaranya pertandingan:
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di dewan Fikri SMAASZA dan telah dihadiri oleh peserta dari semua sekolah yang terlibat. Sebelum itu pada hari Selasa, beberapa pertandingan telah berlangsung antaranya pertandingan:
- Roket Air
- Sodoku
- Booth Terbaik
- Bot Solar
- Pertunjukan Sains
- Inovasi Tool kit 2 & 3
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sekitar pertandingan dan majlis penutup.
Juara Kalam Jama'ie
Smaasza telah menjuarai Pertandingan Kalam Jama'ie Piala Pusingan Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2014 pada April baru-baru ini. Program Pengukuhan Bahasa Arab ini telah disertai oleh semua sekolah rendah dan menengah negeri Terengganu. Ini merupakan kejayaan kali kedua buat Smaasza yang juga telah dinobatkan sebagai juara pada tahun lepas. Syabas dan tahniah buat pelajar dan guru yang telah bertungkus lumus berlatih bagi menggapai kejayaan ini. Usaha gigih anda tidak sia-sia...alhamdulillah!
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan ketika latihan dan ketika membawa pulang piala pusingan tersebut.
Berposing semasa latihan |
Budak-budak ni kalau suruh posing suka sakanlah!!! |
Budak lelaki pun gitu jugak...malu-malu sikit bila posing!!! |
Jurulatih yang sangat dedikasi |
Medal untuk setiap ahli |
Bergambar kenangan bersama guru jurulatih dan piala pusingan yang dimenangi..tahniah! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan