Rabu, 25 Jun 2014

Sekolah SMASZAL



Smaszal asrul 2009.jpg

Tarikh Penubuhan

1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)

Pengasas

Sekolah ini ditubuhkan pada 1925, hasil kesedaran orang ramai dan respon terhadap sekolah aliran Inggeris, Sultan Sulaiman English School yang ditubuhkan pada 1920. Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
Pada peringkat awal, kelas diadakan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga 1925, kemudian menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol bermula tahun 1932. Manakala pelajaran bahasa Inggeris diadakan di dalam satu bilik diIstana Maziah, bermula 1923.
Satu inisiatif pembinaan bangunan tetap dimulakan oleh golongan berpendidikan agama, dan peletakan batu asas sekolah dilakukan oleh Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pagi ahad 13 November 1932 dalam satu istiadat bersejarah. Pembinaan bangunan adalah hasil derma khairat orang ramai.
Perasmian sekolah ini secara rasminya pada 4.00 petang khamis 30 Ogos 1934, oleh baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sekolah ini secra rasmi menggunakan nama ‘Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiah,' sempena nama ayahanda baginda Al Marhum Sultan Zainal Abidin III yang menjadi ikon penddidikan.

Alamat
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin
Ladang, Jalan Sultan Zainal Abidin,
Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096221618
Fax = 6096313069


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

h
a
l
l
A